Naib Presiden Warisan didakwa esok

289

10 JUN: Naib Presiden Warisan Peter Anthony akan didakwa di Mahkamah Sesyen esok atas perjanjian pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah mengesahkan menerima waran daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir di mahkamah pada 8 pagi.

Anrhony hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu jam 2.50 petang tadi untuk disoal siasat berhubung projek konsesi jalan dan keluar kira-kira 3 jam kemudian.

Semalam, Adun Melalap itu disoal siasat SPRM selama 7 jam.

Anthony yang mendakwa pertuduhan itu bermotifkan politik bertekad membersihkan tuduhan terhadapnya.

Beliau pernah ditahan SPRM pada Januari 2018 untuk membantu siasatan ke atas perjanjian pembelian tanah kelapa sawit bernilai RM155 juta di daerah Tongod, Sabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.