Harga siling minyak dibatalkan

350

10 JUN:  Harga siling terhadap minyak petrol dan diesel melalui Warta Kerajaan bertarikh 3 Jun lalu sudah dibatalkan oleh kerajaan Persekutuan.

Merujuk kepada warta tersebut, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) (No 8) (Pembatalan) 2020, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dibuat Pengawal Harga, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Ia dibuat pada 10 April lalu dengan kelulusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Perintah terbaharu itu membatalkan perintah pada Februari lalu yang menetapkan harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel pada harga RM2.18 seliter.

Sejak tengah malam 6 Jun hingga 12 Jun ini, harga petrol RON97 ditetapkan pada RM1.78 seliter, RM1.48 seliter bagi RON95 dan diesel pada RM1.63 seliter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.