PN tak gentar jika PRU-15 lebih awal

210

9 JUN: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal berikutan sikap tamak kuasa pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional Backbenchers (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim, tindakan mereka sejak dahulu lagi sememangnya menyusahkan.

“Itu memang kerja dia, membangkang tak sudah-sudah dan terus memasang cita-cita yang tinggi untuk kembali menjadi pentadbir, walaupun mereka tahu rakyat sudah menolak mereka,” katanya kepada PNBBC Portal, hari ini.

Walau bagaimanapun, jelas beliau, PN sudah bersedia untuk kembali ‘berperang’ bagi memenuhi mandat rakyat, malah yakin beroleh majoriti besar dalam PRU-15 nanti.

“Mereka kena ingat UMNO dan PAS akan dalam Muafakat Nasional (MN) dah ada ada berapa kerusi, kebanyakannya kita akan menang semua.

“UMNO boleh dapat dalam 76 ke 80 kerusi, PAS dapat 28 kerusi, dekat situ kita ada 106 kerusi. Dengan jumlah ini, ditambah pula dengan dengan kerusi dari Bersatu, ia akan melengkapkan kita untuk mendapat majoriti dua pertiga,” ujarnya.

Maka, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau memberitahu, PN sedikit pun tidak rasa khuatir sekiranya PRU-15 diadakan awal, malah ia memberi sedikit kelebihan kepada gabungan parti pemerintah itu kerana rakyat sekarang menolak PH.

Sebelum ini, PH cuba membuat kekecohan apabila tidak bersetuju untuk bersidang di Dewan Rakyat selama sehari sahaja pada 18 Mei lalu kerana perkara itu menggagalkan usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usaha itu tidak terhenti di situ sahaja, Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada 4 Mei lalu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat. – Oleh ASLINDA NASIR


Get real time updates directly on you device, subscribe now.