Dr M fail tuntutan batal keputusan ‘terhenti’ keahlian

160

9 JUN: Bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad bersama 5 pemimpin parti itu yang “terhenti” keahlian memfailkan tuntutan untuk membatalkan keputusan tersebut.

Mereka menamakan Presiden Bersatu, Tan Sri  Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Setiausaha Kerja Muhammad Suhaimi Yahya, dan Pendaftar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan dalam tindakan sivil itu.

Peguam Haniff Khatri Abdullah yang mewakili mereka berkata penyata tuntutan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Mereka berhujah keputusan untuk memberhentikan keahlian mereka bukan keputusan sah mana-mana pihak sah yang diberikan kuasa oleh parti menurut perlembagaannya.

Selain Dr Mahathir, mereka adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Armiruddin Hamzah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.