Nafi pemimpin Pemuda UMNO dilantik pegawai khas menteri

196

8 JUN: Desas-desus yang tular dalam media sosial berhubung pelantikan seorang pemimpin Pemuda UMNO sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri adalah berita palsu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad menafikan perkara itu dalam kenyataan media, semalam.

“Pihak Pejabat Menteri juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil menyebarkan berita palsu tersebut,” tegasnya.

Beliau menambah, Pejabat Menteri Dalam Negeri menyelar penyebaran berita palsu tersebut dan Kementerian Dalam Negeri akan terus fokus untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, terutamanya dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Gosip tidak berasas itu tular dalam Facebook sejak 3 Jun lalu. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.