Tun M tiada sokongan majoriti – Najib

914

6 JUN: Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli-Ahli Parlimen bagi membolehkan beliau kembali menjadi Perdana Menteri untuk kali ketiga.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, daripada 114 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Dr Mahathir, seramai lapan orang kini terkeluar dari senarai.

“Saya bantu PH untuk update senarai 114 Ahli Parlimen yang sokong PM7i menjadi PM8. Najib sedia membantu,” katanya melalui laman Facebook beliau, malam tadi.

Gambar: Facebook Najib Razak

Berikut adalah senarai lapan Ahli Parlimen yang dikatakan Najib tidak lagi menyokong Dr Mahathir:

Datuk Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah)

  • dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kelmarin

Jonathan Yasin (Ranau)

  • dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri II KDN kelmarin

Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan (Keningau)

  • dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya kelmarin

Datuk Seri Richard Riot Jaem (Serian)

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang)

Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu)

  • dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Baru Bian (Selangau)

Jugah Muyang (Lubok Antu)

Semakan dalam laman sesawang Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mendapati nama Eddin Syazlee, Jonathan dan Jeffrey telah dimasukkan dalam carta organisasi yang dikemas kini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.