Tambat serah aku janji sokong PN

464

6 JUN: Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @ Jugah Muyang menyerahkan aku janji menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Memetik laman Facebook rasmi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), penyerahan itu dilakukan dalam pertemuan dengan Muhyiddin di Putrajaya.

Semalam, beliau yang juga Naib Presiden PKR telah mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tambat bertanding sebagai calon Bebas sebelum kemudiannya menyertai PKR.

Muhyiddin menerima borang keahlian menyertai Bersatu daripada Syed Abu Hussin Hafiz.

Selepas pertemuan tersebut, Perdana Menteri menerima kunjungan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Beliau hadir bagi menyerahkan borang keahlian menyertai Bersatu.

Sebelum ini, Syed Abu Hussin Hafiz merupakan Ahli Parlimen Bebas.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.