PRK DUN Chini: PH dijangka bangkit isu lapuk

66

6 JUN: Pakatan Harapan (PH) dijangka mengambil peluang membangkitkan isu-isu lapuk semasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini nanti.

Ketua Pergerakan Pemua UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor berkata, setelah PH kalah dalam lima PRK sebelum ini, mereka seolah-lah tiada haluan dan kesefahaman sesama sendiri.

“Kita menang lima PRK walaupun pada masa itu kita adalah pembangkang menentang PH dan hari ini saya melihat PH ibarat ’singa yang cedera’.

“Mereka (PH) mungkin mengambil kesempatan PRK ini untuk membangkitkan isu-isu yang tidak relevan dengan masyarakat Chini, peluang ini mungkin mereka akan gunakan untuk membangkitkan isu-isu nasional dan sebagainya,” katanya seperti dari UMNO Online.

Beliau menambah, berdasarkan statistik, PH memang tiada harapan untuk bertapak di DUN Chini.

Pandangan itu adalah berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di mana BN beroleh lebih seribu undi majoriti di kerusi tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.