PKR tidak bertanding di PRK Chini

192

 6 JUN: PKR memutuskan tidak akan bertanding pada PRK DUN Chini pada 4 Julai ini selepas mengambil kira penularan Covid-19 yang belum ditangani sepenuhnya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan itu yang turut dipersetujui Majlis Presiden Pakatan Harapan.

 “Dalam konteks kebiasaan baru, prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka berhubung perjalanan pilihan raya, namun aspek keselamatan dan kesihatan pengundi ketika ini masih menjadi satu kerisauan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, PKR berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.

“Contohnya, larangan lebih 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen dari rumah ke rumah, pondok panas serta perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihan raya,” ujar Saifuddin.

Penamaan calon PRK Chini ditetapkan pada 20 Jun ini, manakala pengundian awal pada 30 Jun dengan tempoh berkempen 14 hari.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.