Serangan udara Zionis, 9 pejuang Syria maut

24

5 JUN: Sekurang-kurangnya sembilan pejuang yang setia dengan rejim Syria, termasuk empat rakyat negara itu, terbunuh dalam serangan udara Israel, lewat semalam di wilayah Hama, iaitu kawasan dikuasai tentera Syria dan Iran.

Pemantau Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, mangsa terbunuh terdiri daripada pasukan rejim atau tentera Iran.

Mereka menambah, jumlah itu mungkin meningkat kerana terdapat individu yang cedera parah dalam serangan berkenaan.

Menurut laporan, pasukan Syria menembak sistem anti pesawat sebagai membalas serangan di Hama.

Kumpulan itu berkata, beberapa letupan dan jumlah kecederaan dilaporkan berlaku di kawasan Masyaf, selepas Israel menyerang kedudukan rejim berkenaan.

“Kawasan berkenaan berada di bawah kawalan tentera Syria dan Iran,” kata ketua pemantau, Rami Abdel Rahman.

Katanya, sasaran sebenar adalah kilang dan pusat penyelidikan yang menghasilkan roket jarak dekat.

“Sistem anti pesawat kami melaporkan serangan Israel di Masyaf, pedalaman Hama,” lapor agensi berita rasmi, SANA.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.