Selepas letak jawatan, Shahruddin jumpa Tun M

134

5 JUN: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh membuat kejutan lagi petang semalam apabila bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut maklumat yang dikongsi oleh pembantu Dr Mahathir, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin dalam laman Facebook miliknya, pertemuan diadakan selepas mesyuarat Pakatan Plus di Yayasan Albukhary.

“Hari ni Tun M meeting Pakatan Harapan Plus (Bersatu Tun M dan Warisan) bersama, lepas tu YB Shahruddin datang mengejut jumpa Tun M lepas umum letak jawatan,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, maklumat lanjut tentang pertemuan antara Dr Mahathir dan Shahruddin tidak dinyatakan.

Difahamkan, kedudukan Shahruddin di dalam Dewan Rakyat masih kekal bersama penyokong kerajaan PN.

Semalam, beliau menjelaskan tindakan meletak jawatan diambil atas pertimbangan bahawa pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Sri Gading telah memilih PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.