Berjaya tangani COVID-19, PN boleh menang PRU-15

31

5 JUN: Kejayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani pelbagai isu berkaitan COVID-19 menjadi faktor yang menyukarkan Pakatan Harapan (PH) untuk menang sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan lebih awal.

Hakikat itu diakui sendiri oleh Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong.

Memetik laporan Kwong Wah Yit Poh, beliau berkata, cara PN menguruskan isu-isu berkaitan COVID-19 dengan baik memberi kelebihan kepada parti itu untuk diterima sebagai pentadbir pada masa akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Chin Tong memberitahu, setakat ini, PH belum beroleh sokongan 129 Ahli Parlimen seperti yang didakwa pihak tertentu.

“Saya tidak berpendapat bahawa kami sudah ada 129 kerusi. Ia bagaimanapun bukanlah sesuatu yang mustahil jika percanggahan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat diselesaikan dan pengagihan jawatan dirundingkan dengan baik,” katanya.

Beliau menambah, PH sedang berusaha melakukan pemulihan walaupun tugas itu sukar dilaksanakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.