Politik Malaysia kucar-kacir akibat sikap pemimpin PH

550

4 JUN: Situasi politik di negara ini semakin kucar-kacir akibat sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang sibuk mengatur strategi untuk merampas kuasa daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sikap mereka itu menyebabkan rakyat menjadi bosan dengan politik.

“Rakyat hanya mahukan ‘isi perut’ mereka dijaga.

“Sikap pembangkang yang gila kuasa menyebabkan politik negara menjadi huru-hara,” katanya dalam kenyataan melalui Facebook.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah tentang kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sekiranya perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat di negeri itu masih berpanjangan.

Najmil Faiz menambah, jika perkara itu berlarutan, pembubaran DUN dan Parlimen adalah langkah terbaik dan itulah pendirian UMNO sejak dahulu iaitu mengembalikan semula kuasa kepada rakyat.

“Daripada menjadi pembangkang seperti ‘tin kosong’ adalah lebih baik pemimpin PH diam sahaja dan menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” jelasnya. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.