Pelaksanaan PKP ikut peruntukan undang-undang

98

4 JUN: Dakwaan pihak tertentu kononnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Persekutuan tidak mengikut lunas undang-undang adalah kurang tepat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, wabak COVID-19 merupakan pandemik baharu yang berlaku di seluruh dunia.

Buat masa ini, jelas beliau, wabak COVID-19 dikategorikan di bawah Perkara 30, Jadual Pertama, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) iaitu ‘apa-apa jangkitan mikrobial yang mengancam nyawa.’

“Pindaan kepada Jadual Pertama, Akta 342 bagi menyenaraikan wabak COVID-19 sebagai penyakit berjangkit perlu dibuat melalui kuasa Menteri di bawah Seksyen 30, Akta 342,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pihak yang membuat dakwaan tersebut menggunakan alasan wabak COVID-19 tidak diwartakan sebagai penyakit berjangkit di bawah Jadual Pertama, Akta 342.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.