Kenapa Kit Siang membisu pembabitan anak dengan taikun hartanah?

229

4 JUN : Perjuangan Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini kononnya hanya untuk rakyat adalah pembohongan semata-mata.

Sebaliknya kata Pengerusi PNBBC, Datuk Seri Shahidan Kassim, perjuangan mereka terutama DAP hanya bagi mementingkan kroni dan kumpulan tertentu sahaja.

Sebagai contoh, beliau merujuk sikap membisu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam isu kontroversi melibatkan anaknya, Lim Guan Eng.

Terbaru membabitkan kes pembekuan empat akaun bank milik seorang taikun hartanah yang didakwa ada kaitan dengan  Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Kita sering menyebut tentang perjuangan dan DAP dilihat sentiasa di barisan hadapan, rakyat Malaysia nampak akan kehebatannya memperjuangkan nasib rakyat, dan rakyat percaya DAP merupakan sebuah parti yang perjuangkan nasib rakyat Malaysia.

“Tapi malangnya, dalam kumpulan itu dikuasai keluarga Lim, Karpal Singh, rakyat percaya mereka pejuang.

“Ini semua pembohongan sebab mereka bukan berjuang berlandaskan agama, mereka hanya perjuangkan kroni mereka sahaja, jadi jangan percaya mereka ini,” kata Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau.

Menurut laporan media, Guan Eng pernah meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) membatalkan arahan pembekuan melibatkan beberapa akaun bank milik seorang taikun hartanah yang sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB.

Turut didedahkan beberapa dokumen atau surat daripada Guan Eng yang dibuat pada akhir Mei tahun lepas dan ia dipenuhi peguam negara ketika itu, Tommy hanya dalam tempoh 2 minggu.

Thomas membuat keputusan tersebut walaupun diberitahu SPRM yang wang sebanyak RM4 juta gagal dipulangkan oleh taikun itu kepada kerajaan.

Thomas seterusnya mengarahkan SPRM menarik balik pembekuan ke atas 4 akaun bank berkenaan, menurut surat jawapannya kepada Guan Eng.

“Kenapa tak minta anaknya disiasat seperti dia hentam (Datuk Seri )Najib Razak dulu? Suruhlah siasat. DAP tak kata apa pun. Terus diam je, kenapa? Jangan ikut perangai ‘macho’ pejuang sosialis tetapi sebenarnya kosong.

“Ingat kembali kejadian 13 Mei yang melibatkan pertumpahan darah, DAP antara parti yang terlibat, kenapa masih lagi ingin percaya dengan parti ini?

“Dan saya tak pelik Kit Siang diamkan hal anaknya, sebab dia perlu jaga kroni serta Dinasti Lim,” ujar Shahidan.

Bukan setakat itu, Shahidan turut berkata kes lain melibatkan Guan Eng seperti kes banglo pembelian sebuah lot tanah serta ahli perniagaan Phang Li Koon perlu disiasat semula dengan segera.- Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.