Che Nah sujud syukur terima lesen perniagaan DBKL

53

4 JUN: Selepas 35 tahun menanti untuk berniaga secara sah, akhirnya seorang penjaja, Minah Awang atau dikenali sebagai Che Nah menerima lesen perniagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Lebih istimewa, lesen itu diberikan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Che Nah seterusnya melakukan sujud syukur setelah memperoleh lesen tersebut.

“Sejak 35 tahun lalu, saya sering turun naik ke Pejabat DBKL untuk memohon lesen penjaja.

“Malah sudah lima orang Datuk Bandar silih berganti, namun alasan yang dinyatakan adalah permohonan lesen tersebut dibekukan,” katanya.

Video peristiwa yang berlaku di Bukit Damansara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi hari ini disiarkan dalam laman Facebook Tan Sri Annuar Musa.

Che Nah menambah, dia tidak pernah berputus asa dalam usaha memohon lesen perniagaan kerana dokumen itu diperlukan bagi membolehkannya mencari pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga secara sah.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Annuar kerana mempermudahkan urusan permohonan lesen ini,” katanya.

penyerahan lesen che nah

penyerahan lesen che nah

Posted by Tan Sri Annuar Musa on Rabu, 3 Jun 2020

Dia yang menjual nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak dan kuih-muih menyifatkan pemberian lesen perniagaan itu sebagai hadiah yang berharga. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.