Sultan Johor bubar Dewan Negeri serta merta jika masih berebut kuasa

355

3 JUN: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan serta-merta jika berlaku lagi perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat.

Titahnya, baginda amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di negeri ini, apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.

“Mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat. Saya tidak boleh tengok rakyat menderita, dan tidak akan biarkan negeri dikucar-kacirkan,” kata baginda dalam kenyataan hari ini.

Sultan Ibrahim berkata rakyatnya akan diberi peluang untuk memilih wakil rakyat baru jika Dewan Negeri bubar.

“Saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,”.  “Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat dan negeri saya pada setiap masa,” titahnya.

Kenyataan dan peringatan baginda itu setelah ada pihak tertentu meniupkan spekulasi kononnya kerajaan negeri PN di Johor akan tumbang kerana ada beberapa wakil rakyat yang menyokong PN akan kembali ke parti asal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.