3 isu utama surat Tommy kepada Guan Eng

40

3 JUN: Surat bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung pembekuan empat akaun bank milik seorang taikut hartanah telah membangkitkan tiga isu utama.

Persoalan itu dilontarkan oleh penganalisis politik, Dr Kamarulzaman Yusoff dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau mempersoalkan sama ada menjadi satu kesalahan undang-undang apabila Guan Eng menulis surat rasmi atas jawatan beliau selaku Menteri Kewangan untuk memohon kepada Peguam Negara supaya melepaskan wang dalam akaun-akaun bank milik seorang taikun hartanah yang dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Apakah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang negara bila Tommy, melalui pemakluman kepada Guan Eng dalam surat rasmi atas jawatan beliau selaku Peguam Negara, mendedah dan membocorkan kepada Guan Eng maklumat-maklumat sulit siasatan yang dibuat oleh SPRM ke atas taikun hartanah terbabit sepertimana yang dibekalkan oleh pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara dan pegawai-pegawai SPRM kepada beliau?

“Apakah menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang negara bila Tommy, melalui pemakluman kepada Guan Eng dalam surat rasmi atas jawatan beliau selaku Peguam Negara, mengarahkan SPRM supaya melepaskan wang dalam akaun-akaun taikun hartanah terbabit seperti yang dimohon oleh Guan Eng?” soalnya.

Salinan surat Tommy kepada Guan Eng bertarikh 14 Jun 2019 itu tular dalam media sosial sejak semalam. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.