Luqman dilantik CEO Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu

85

2 JUN: Bekas Pengarah Jabatan Perancang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Luqman Omar, 63, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) yang baharu.

Memetik laporan portal Wilayahku, beliau menggantikan Datuk Zulkurnain Hassan yang kembali bertugas ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan Luqman ke jawatan tersebut di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Luqman yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dari Universiti Teknologi Malaysia memulakan perkhidmatan di sektor awam pada 1984 sebagai Pegawai Perancang Bandar di Jabatan Perancang Bandar.

Beliau kemudian berkhidmat bersama syarikat pemaju hartanah, Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan (SPPK) dan anak syarikat Island & Peninsular Bhd.

Luqman seterusnya menyertai MPS pada 1992 sebelum bersara pada 2017.

Jawatan terakhir beliau sebelum bersara adalah Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPS.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.