Kepentingan peladang diberi keutamaan oleh kerajaan PN

61

2 JUN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berpandangan bahawa kepentingan para peladang dan organisasi berkaitan harus diambil kira dalam merangka Pelan Pemulihan Ekonomi (Jangka Pendek dan Sederhana).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, industri perladangan adalah antara tunjang utama ekonomi negara.

Beliau menyuarakan pandangan itu dalam laman Facebook miliknya bagi mengulas tentang Mesyuarat Mengenai Rancangan Pemulihan Ekonomi (RESTART) antara pihaknya dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam.

Tengku Zafrul menjelaskan, pertemuan itu bertujuan membincangkan cabaran industri sepanjang penularan COVID-19.

“Antara yang dibincangkan adalah impak COVID-19 terhadap peladang, keperluan sokongan ekonomi kepada peladang-peladang kecil dan pengusaha komoditi, dan peranan industri dalam membaik pulih ekonomi negara,” katanya.

Mesyuarat yang dipengerusikan bersama oleh Tengku Zafrul dan Mohd. Khairuddin itu turut dihadiri para pegawai kanan kedua-dua kementerian. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.