3 pegawai undang-undang P. Pinang dicekup SPRM

240

2 JUN: Tiga pegawai undang-undang Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah semalam kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah.

Memetik laporan BH Online, tangkapan itu disahkan oleh Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap.

Salah seorang daripada suspek yang ditangkap memegang jawatan ketua jabatan.

Tangkapan pertama melibatkan seorang suspek berumur 42 tahun dilakukan di sebuah hotel di Pulau Pinang pada pukul 12.15 tengah hari.

Dua lagi suspek masing-masing berumur 29 dan 52 tahun diberkas di Pejabat SPRM Kedah pukul 10.15 malam hingga 10.38 malam tadi.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek meminta wang rasuah berjumlah RM500,000 dan menerima RM100,000 daripada seorang orang awam.

Suapan itu dikatakan bagi memastikan kes komersial yang dilaporkan orang awam itu dituduh di mahkamah.

SPRM turut menemukan sejumlah wang semasa memeriksa kediaman dan pejabat tiga suspek berkenaan.

Mereka dijangka direman di Mahkamah Alor Setar hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

SPRM meminta orang ramai yang menjadi mangsa kegiatan tersebut tampil membantu siasatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.