Pemandu mabuk wajar dikenakan hukuman mati-NGO

28

31 MEI: Pemandu mabuk sewajarnya dikenakan hukuman mandatori, kata Presiden Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Dr Ibrahim Ali. 

Jelasnya, jika pengedar dadah boleh dikenakan hukuman mati mandatori 39B, ia bersamaan dengan pemandu mabuk sehingga menyebabkan mangsa terbunuh.

“Semua pihak bersetuju supaya hukuman berat mesti dikenakan terhadap pemandu mabuk. Ada bermacam cadangan hukuman termasuk penjara seumur hidup jika mangsa yg dilanggar maut atau mati.

“Sewajibnya pemandu yang mabuk dan melanggar mangsa sehingga mati,wajar dikenakan hukuman mati mandotari.

“Buat apa penjara seumur hidup kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja makan minum,perubatan dan kos kawalan keselamatan serta pelbagai kos lagi.Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat dibazirkan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Secara dasar Ibrahim berkata arak adalah bahan minuman memabukkan dan jika diminum berlebihan, ia boleh membawa peminum hilang akal, khayal dan hilang kawalan.

“Langkah sebaik-baiknya adalah haram kan terus arak di Malaysia. Tutup semua kilang Arak.Arak haram disisi Islam dan sesuai dgn Islam Agama Persekutuan serta majoriti penduduk adalah orang Islam.

“Adakah kerajaan PN melayu dan islam mempunyai  keberanian politik untuk melaksanakan hukum Allah ini,” Jelasnya lagi. 

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) Selangor yang lain turut menyarankan kerajaan mengenakan tindakan paling tegas terhadap pemandu mabuk termasuk hilang kelayakan memandu seumur hidup.

Wakil kumpulan NGO itu, Mohd Azhar Osman berkata, gesaan berkenaan dibuat berikutan nahas jalan raya yang disebabkan oleh pemandu mabuk bukan isu baru namun sehingga kini belum ada tindakan keras diambil menyebabkan kejadian sama terus berlaku.

“Kami cadangkan agar mana-mana pemandu yang diuji pernafasannya (oleh pihak berkuasa) melebihi kandungan alkohol dibenarkan atau mereka yang mengakibatkan kemalangan kerana mabuk, dibatalkan lesen memandu mereka seumur hidup sebagai amaran kepada masyarakat supaya lebih bertanggungjawab,” katanya. 

Seorang lagi wakil kumpulan NGO itu, Datuk Nor Shabudin Monil pula menyarankan kerajaan mengehadkan lokasi penjualan minuman keras bagi memudahkan pemantauan pembelian.

“Sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang untuk mengetatkan penjualan minuman keras hanya di premis tertentu saja. Ambil contoh negara maju yang menjual arak secara terhad.

“Ada juga negara sudah pun meluluskan draf pindaan akta untuk mengenakan hukuman mati kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut. Diharap kerajaan dapat melihat isu ini dengan lebih teliti supaya tiada lagi rakyat yang menjadi mangsa pemandu mabuk,” katanya

NGO berkenaan ialah Pergerakan Belia 4B Kota Raja, 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Alumni 4B Parlimen Kota Raja, Pertubuhan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bandar Botanik Klang, Pertubuhan Integrasi Nasional serta Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.