ATM boleh beroperasi seperti biasa mulai esok

31

31 MEI: Mesin juruwang automatik (ATM) yang sebelum ini hanya beroperasi dari jam 8 pagi hingga  malam, boleh beroperasi seperti biasa, tanpa had waktu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu mula berkuat kuasa esok, bagi memudahkan orang ramai untuk melakukan urusan perbankan menerusi ATM.”Bagaimanapun, orang ramai masih perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial khususnya ketika beratur untuk menggunakan ATM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan operasi ATM, dihadkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.