Ada sinar di mahkamah bagi kes Zahid Hamidi

784

Jika tiada halangan, perbicaraan kes membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan sambung bicara mulai 15 Jun ini.

Perjalanan kes yang dianggap berprofil tinggi ini turut terkesan akibat wabak Covid-19 apabila mahkamah menangguhkan perbicaraan yang sepatutnya diadakan pada 23 Mac lalu.

Ini kerana kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak itu bermula 18 Mac dan berlanjutan kepada PKP Bersyarat sehingga 9 Jun ini.

Bagi Ahmad Zahid yang sudah berikrar mahu membersihkan namanya daripada 47 pertuduhan rasuah membabitkan dana Yayasan Akal Budi, pasti mahu perbicaraan tersebut disegerakan.

Tidak semua orang apatah lagi pemimpin parti dan bekas menteri Kabinet boleh menerima 47 pertuduhan sekaligus – jika hati mereka tidak kuat dan cekal.

Namun, Presiden UMNO itu yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk sentiasa bersedia ke kamar mahkamah atas prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.

Ada sesetengah individu akan berusaha menegakkan sesuatu yang umum ketahui perkara itu tidak relevan bagi mempertahankan diri dan kedudukannya seperti bagaimana Tun Dr Mahthir Mohamad masih berusaha keras mahu kerusi Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.

Berbalik kes Ahmad Zahid, peguam pemerhati kes ini, Datuk Rosni Zahari turut kecewa dan kesal kerana kes-kes di mahkamah dibiarkan berlarutan dan tidak tahu bila kesudahannya.

Rosni Zahari

Ini termasuk kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang mula dibicarakan pada 18 November 2019.

Seperti pandangan umum, Rosni turut yakin kesemua pertuduhan keatas Ahmad Zahid adalah bermotif politik dan berniat jahat. 

“Setakat ke tarikh ini, seramai 43 orang saksi telah di panggil. Selaku peguam pemerhati yang telah beramal selama lebih 30 tahun , saya tidak nampak satu saksi pun dalam keterangan mereka yang dapat dan boleh mengaitkan dengan semua pertuduhan terhadap Ahmad Zahid,” katanya.

Beliau mendakwa kes itu hanya membuang masa mahkamah, membuang masa saksi-saksi dan menanggung kos yang tidak wajar.

Pecahan 47 tuduhan ke atas Ahmad Zahid seperti berikut:

– 12 pertuduhan dibawah seksyen 409 kanun kesiksaan.(pecah amanah jenayah oleh penjawat awam)

– 8 pertuduhan di bawah seksyen 16(a)(B)akta SPRM – kesalahan menerima suapan dan

– 27 pertuduhan di bawah seksyen 4(1)akta penggubahan wang haram.

Sesiapa yang tekun mengikuti perbicaraan kes ini tentu masih ingat keterangan saksi-saksi yang antara lain mengakui diugut pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan, saksi yang dituduh memberi rasuah menafikannya dan saksi pendakwa juga mengakui semua urusan perbankan mengikut prosedur manakala dalam pertuduhan lain mendedahkan cek-cek menggunakan cop tandatangan Ahmad Zahid.

Tentu selepas ini, ketika kes sambung bicara, banyak lagi keterangan-keterangan yang akan mendedahkan seperti kata Rosni bahawa kes Ahmad Zahid ini hanya bermotif politik dan berniat jahat.

Ambil kira banyak keterangan saksi pendakwa yang memihak kepada Ahmad Zahid, ini tentu menjanjikan ada sinar di mahkamah bagi kes Presiden UMNO ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.