979 pemandu mabuk ditahan tahun lepas di ibu kota

36

31 MEI: Seramai 979 individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol ditahan sepanjang tahun lepas dalam operasi mabuk di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula, seramai 455 orang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tanpa memperincikan maklumat pecahan statistik kes itu, beliau berkata ada antaranya dituduh di mahkamah dan ada sehingga kini masih dalam siasatan.

“Kebiasaannya trend pemandu mabuk di ibu negara berlaku selepas tengah malam,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan Op Mabuk oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di Kuala Lumpur awal pagi ini.

Dalam operasi  bermula jam 11 malam sehingga 1 pagi itu, Mazlan berkata lapan individu termasuk dua bukan warganegara ditahan di tiga lokasi iaitu di Solaris, Jalan Raja Chulan dan Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur kerana berada di bawah pengaruh alkohol.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.