Adun Guar Chempedak dilantik pengerusi Keda

147

30 MEI: Adun Guar Chempedak Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun 2020.

Pelantikan Ku Abd Rahman yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah disahkan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Latiff, pihaknya yakin dengan kredibiliti Adun Guar Chempedak itu untuk menerajui agensi berkenaan.

“Sebagai agensi kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Keda dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan dan komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti

“Ia bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat ‘mensejahterakan luar bandar’.

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas, diharap dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.