7 rumah diarah pindah ekoran tanah runtuh

146

30 MEI: Tujuh buah rumah di Taman Kelab Ukay terjejas susulan berlaku tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan dipercayai berpunca daripada pergerakan tanah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.21 pagi tadi dan satu jentera dengan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang di hantar ke lokasi untuk membuat pemantauan.

“Seramai 40 penghuni di tujuh buah rumah terbabit diarah meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbang keselamatan mereka terjejas.

“Buat masa ini semua penghuni tidak dibenarkan berada di kediaman masing-masing sehingga pihak kerajaan tempatan memutuskan tindakan seterusnya,” katanya.

Kejadian itu berlaku dipercayai berpunca daripada hujan berterusan sejak petang semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.