Pelik bekas SUA keluarkan surat pecat SUK BERSATU?

467

29 MEI: Surat pemakluman pelucutan jawatan lima Ahli Parlimen BERSATU termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad telah disalah ertikan oleh banyak pihak termasuklah bekas setiausaha agungnya Datuk Marzuki Yahya.

Ini kerana Marzuki yang masih menganggap dirinya dalam jawatan itu pula mengeluarkan surat memecat Setiausaha Kerja (SUK) BERSATU, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan diedarkan semalam.

Alasan yang tertera dalam surat itu, Suhaimi dipecat berkuatkuasa serta merta kerana melanggar etika kerja dan perlembagaan Bersatu Pindaan 2019 kerana membuat keputusan pemecatan ahli parti tanpa merujuk kepadanya.

Peliknya bagaimana sebagai bekas setiausaha agung Marzuki mengeluarkan surat sedemikian sedangkan Setiausaha Agung yang sah dan dilantik Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga kini.

Manakala Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pula mengesahkan Mahathir bukan lagi Pengerusi Bersatu dan jawatan itu kini disandang Muhyiddin.

Surat pemecatan daripada Marzuki itu kononnya ekoran tindakan Suhaimi yang mengeluarkan surat pemakluman terlucutnya keahlian Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.