Tun Mahathir dan 4 MP bukan lagi ahli Bersatu

426

28 MEI: Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau Bersatu hari ini mengumumkan lima ahli parlimen parti itu terhenti keahlian serta merta melalui surat bertarikh 28 Mei.

Selain Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, yang lain adalah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Menerusi surat Bersatu kepada lima ahli parlimen itu, ia merujuk kepada notis mereka sebelum ini yang memaklumkan kedudukan kerusi masing-masing di Parlimen yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu Kapten (B) Muhmmad Suhaimi Yahya juga memaklumkan bahawa dalam sidang Parlimen pada 18 Mei, mereka telah menyertai dan duduk di blok pembangkang.

Surat tersebut menjelaskan bahawa  menurut Fasal 10.2.2dan 10.2.3 Perlembangaan Bersatu, keahlian mereka dalam bersatu adalah terhenti serta merta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.