Pembangkang harus sokong langkah kerajaan hantar PATI pulang ke negara asal

25

27 MEI: Sepatutnya pembangkang turut bersetuju dengan langkah kerajaan untuk menghantar pulang Pendatang Tanpa Izin (PATI) ke negara asal kerana Pihak kedutaan Indonesia turut tidak menghalang langkah kerajaan itu.

Kaunselor Penerangan, Sosial dan Hal Ehwal Budayanya, Agung Cahaya Sumirat berkata pihaknya menghormati pada setiap keputusan yang dibuat khususnya membabitkan keselamatan dan nyawa orang ramai susulan pandemik Covid-19.

“Posisi kami di pihak kedutaan, kami menghormati aturan dan hukum yang berlaku di Malaysia, kemudian kami di kedutaan juga perlu berkomunikasi setelah ada informasi secara formal yang dikeluarkan.

“Ini kerana setakat ini kami hanya menerima maklumat dari apa yang dilaporkan pihak media sahaja,” katanya kepada PNBBC Portal.

Kenyataan jurucakap Kedutaan Indonesia ini sekaligus bertentangan dengan pendirian Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang menggesa pihak berkuasa berhenti menahan PATI dan pelarian.

Alasannya, akan ramai PATI dan pelarian selepa ini yang tidak mahu meminta pertolongan daripada pihak berkuasa kerana mereka takut ditahan setelah diuji positif, atau bahkan negatif Covid-19.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata semua PATI di negara ini yang disahkan negatif Covid-19 ketika ditahan di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) akan dihantar pulang ke negara asal.

Jelasnya lagi, operasi memburu PATI akan diteruskan walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa membuat saringan kesihatan dan memastikan status kesihatan berkaitan Covid-19. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.