Niat Teresa memalukan Pengerusi LGM disindir Najib

546

25 MEI: Niat Teresa Kok kaitkan keputusan Lembaga Getah Malaysia (LGM) ingin membina pusat teknologi getah (RTC) RM100 juta di Jerantut dengan pelantikan Ahli Parlimen kawasan itu sebagai Pengerusi LGM hanya memalukan bekas menteri Industri Utama itu.

Beliau kemudiannya ditempelak Datuk Seri Najib Razak apabila bekas perdana menteri itu membangkitkan bagaimana Menteri Sumber Manusia daripada DAP kerajaan PH dahulu yang jaga PERKESO umumkan pusat khidmat pertama PERKESO dilancarkan di Ipoh Barat

Malah sindir Najib, PERKESO juga akan bina pusat rehabilitasi terbesar ASEAN yang bernilai RM500 juta di Ipoh Barat juga.

“Memandangkan Menteri Sumber Manusia DAP kerajaan PH dahulu juga ahli Parlimen Ipoh Barat, adakah ini juga contoh lantikan politik yang umumkan projek-projek membazir berunsur politik untuk kawasan parlimen sendiri seperti diselar Teresa Kok hari ini?

Nazlan Idris

“Adakah projek-projek di Ipoh Barat oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat dibenarkan tapi projek di Jerantut oleh Ahli Parlimen Jerantut tidak dibenarkan? Apa pandangan Teresa?,” soal Najib di Facebook beliau.

Untuk rekod, bekas menteri Sumber Manusia kerajaan PH adalah M.Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat.

Terdahulu, Teresa dalam kenyataan mendakwa, pengumuman projek LGM oleh Nazlan adalah contoh lantikan politik yang umumkan projek membazir berunsur politik untuk kawasan parlimen sendiri.

Apatah lagi beliau mendakwa projek itu  mungkin bertukar menjadi projek gajah putih seperti projek LGM sebelum ini.

Menurut Najib lagi, beliau tidak mahu bincang jika projek pembangunan itu baik atau tidak baik walaupun Jerantut itu memang tempat perladangan getah.

“Kita tunggu Lembaga Getah dan pengerusinya jelaskan lebih lanjut tentang projek tersebut dan bagaimana ianya akan menjana peluang pekerjaan baru dan merancakkan ekonomi tempatan pada masa krisis Covid ini,” katanya.

Sebaliknya, beliau menuntut Teresa menjawab persoalan berkaitan bekas Menteri Sumber Manusia yang juga ahli parlimen Ipoh Barat dengan pelaksaan projek PERKESO di Ipoh Barat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.