Lebih 400 kena tindakan ‘curi-curi’ balik kampung

13

25 MEI: Lebih 400 orang berdepan tindakan undang-undang dalam pemeriksaan polis pada hari raya pertama semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara mereka yang dikenakan tindakan dikesan merentas negeri dan berada di kampung halaman tanpa kebenaran.

Sebanyak 14 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan itu.

“Semalam polis menahan 470 individu yang mana 87 individu direman dan 23 individu dijamin atas kesalahan melanggar tatacara operasi standard.

“Polis turut mengeluarkan kompaun kepada 383 individu atas kesalahan melanggar SOP,” katanya pada sidang media hari ini.

“Semalam juga, sebanyak 1,243 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung diarah berpatah balik.”

Negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor (685), Negeri Sembilan (133), dan Pahang (72).

Sementara itu, seramai 470 individu ditahan atas kesalahan melanggar tatacara operasi standard.

Daripada angka itu, 87 direman dan 23 lagi dijamin.

“Polis turut mengeluarkan kompaun kepada 383 individu atas kesalahan melanggar SOP,” katanya.

Semalam, pihak berkuasa membuat 60,528 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Sebanyak 3,675 pasar raya, 3,102 restoran, 330 penjaja, 753 kilang dan 3,742 bank diperiksa.

Pemeriksaan juga dibuat di 1,022 terminal pengangkutan darat, 168 terminal pengangkutan air, dan 101 terminal pengangkutan udara.

Dalam pemeriksaan itu, sebanyak 23,633 buah kenderaan persendirian, 1,318 kenderaan awam, dan 19 vessel diperiksa.

Turut diperiksa 1,192 pasar awam, 4,720 tempat ibadah, 1,392 tempat riadah, dan 247 tapak binaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.