Giliran PH P.Pinang pula retak, 2 ADUN BERSATU sokong PN

873

23 MEI : Setelah Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang pula menyusul memberi sokongan kepada PN secara terang-terangan. 

Sokongan itu dilontarkan ADUN Bertam, Khalid Mehtab Ishak dan ADUN Teluk Bahang Zolkifli Md Lazim sekaligus ditemplak pengerusi BERSATU Pulau Pinang, Marzuki Yahya.

Jelas Marzuki mereka telah memilih untuk mengutamakan jawatan dan meninggalkan mandat rakyat yang diberi kepada PH, sekaligus mendakwa Pilihan Raya Kecil (PRK) boleh diadakan di kawasan yang terlibat.

Sebelum ini Khalid dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), iaitu sebuah agensi diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Manakala Zolkifli dilantik sebagai ahli jawatankuasa penasihat Mara Corp Sdn Bhd, yang merupakan cabang pelaburan Mara.

Perkembangan terbaru itu menyaksikan lima ADUN Pulau Pinang kini menyokong pembangkang, termasuk dua daripada UMNO dan satu daripada PAS. 

Manakala 35 ADUN lagi menyokong kerajaan negeri PH.

Namun begitu, langkah 2 ADUN yang menyatakan sokongan kepada PN secara jelas menunjukkan keretakkan sedang berlaku di negeri itu pula setelah Kedah yang sebelum ini di dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir tumbang. 

Ia susulan langkah mudah yang dibuat 2 ADUN PKR iaitu ADUN Sidam, Robert Ling dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar dari parti mereka untuk menjadi anggota bebas, namun menyokong kepimpinan PN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.