Pesawat Pakistan terhempas di kawasan perumahan

45

22 MEI: Ramai dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat Pakistan International Airlines (PIA) yang membawa kira-kira 100 penumpang dan kru terhempas di sebuah kawasan perumahan di bandar terbesar di Karachi, Pakistan, kata pegawai.

Syarikat penerbangan negara itu berkata, penerbangan PK 8303 terhempas bersama 99 penumpang dan 8 kru, tetapi pegawai penerbangan awam berkata jumlah bagi kru dan penumpang ialah 99 orang.

Rakaman televisyen menunjukkan kepulan asap menjulang ke udara dengan serpihan bumbung rumah yang runtuh bertaburan di jalan raya, ketika ambulans bergegas ke tempat kejadian.

Airbus A320 berusia 15 tahun itu yang berlepas dari bandar timur Lahore ke Karachi itu baru menyambung semula penerbangan domestik susulan penularan pandemik Covid-19.

“Perkara terakhir yang kami dengar daripada juruterbang ialah beliau menghadapi masalah teknikal,” kata jurucakap PIA, Abdullah H Khan dalam satu klip video.

Seorang pegawai kanan penerbangan awam memberitahu Reuters, pesawat itu gagal menurunkan tayarnya akibat masalah teknikal sebelum mendarat, tetapi ia terlalu awal untuk menentukan punca nahas./Reuters/AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.