Melaka, Perak, P.Pinang catat kes tertinggi rentas negeri

65

22 MEI : Masih tidak serik, masih terdapat masyarakat yang mencuba nasib untuk pulang ke kampung.

Antara yang dikesan adalah mereka yang ingin pulang ke Melaka, Perak dan Pulau Pinang.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tiga negeri ini dikesan antara paling ramai cuba merentas negeri dipercayai untuk pulang kampung menyambut Aidilfitri.

Katanya, semua individu yang menggunakan alasan itu diarah untuk berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tiba di sekatan jalan raya.

“Berdasarkan statistik, sebanyak 886 kenderaan di Melaka cuba merentas negeri, sekali gus menjadi rekod tertinggi, disusuli Perak (362 kenderaan) dan Pulau Pinang (284 kenderaan),” katanya pada sidang media di Putrajaya, Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 64 individu dan 40 daripadanya direman, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Jelasnya, seramai 24 individu yang lain pula diberikan kompaun atas kesalahan sama.

“Oleh itu, semua pihak diingatkan supaya mengikuti SOP dan peraturan yang ditetapkan.

“Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik Covid-19 ini,” katanya lagi.  

Get real time updates directly on you device, subscribe now.