Covid-19: AS dijangka catat kematian lepasi 113,000 menjelang Jun

22

21 MEI: Kematian akibat Covid-19 dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat dijangka melepasi jumlah 113,000 menjelang Jun, sekali gus menjadikan negara paling teruk terjejas.

AS merekodkan lebih 1.5 juta kes jangkitan Covid-19 dan 91,600 kematian setakat semalam namun hasil maklumat ramalan dari sembilan model milik institusi berbeza menganggarkan 22,000 rakyat Amerika akan meninggal dunia dalam tempoh 25 hari lagi.

“Ramalan terbaharu untuk jumlah kematian terkumpul menjelang 13 Jun adalah 113,000 dengan 10 peratus peluang dalam menyaksikan ia kurang 112,000,” kata Hab Ramalan Covid-19 Universiti Massachusetts di laman web mereka.

Ramalan spesifik diberikan ialah 113,364 menjelang tarikh disebutkan itu.

Jangkaan terbaharu itu dibuat ketika AS mengambil pelbagai langkah menggerakkan semula ekonomi dan komuniti, dalam berdepan cabaran meyakinkan semula penduduk negara berkenaan supaya kembali menjalani kehidupan normal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.