Imigresen pindahkan 1,763 PATI Pasar Jalan Othman

91

20 MEI : Jabatan Imigresen Malaysia melaksanakan operasi pemindahan Pendatang Tanpa Izin (PATI) di sekitar pasar Jalan Othman, Selangor hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata hasil daripada operasi pagi ini, seramai 200 orang telah dipindahkan membabitkan warga negara Indonesia, India, Bangladesh dan Pakistan.

Katanya, operasi beberapa siri pemindahan telah dilaksanakan bermula 1 Mei di Jalan Masjid India merangkumi City One Plaza, Selangor Mention, Wilayah Mention, pasar borong Kuala Lumpur, Pasar Borong Selayang.

“Daripada operasi pemindahan itu, jumlah warga asing yang ditahan tanpa mempunyai dokumen yang lengkap adalah seramai 1763 orang dari pelbagai negara khususnya Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Pakistan,” katanya.

Khairul Dzaimee Daud

Jelas Khairul lagi, semua PATI itu telah menjalani saringan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan negatif dari Covid-19.

“Mereka akan ditempatkan di depo, kebajikan mereka akan dijaga, ubat akan diberi jika mereka sakit dan proses penghantaran pulang akan dibuat dan kita akan sediakan dokumen perjalanan, mereka akan juga disenaraihitamkan di bawah peraturan imigresen,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, operasi ini bukanlah perkara baru kerana ia memang diadakan setiap tahun, malah pada 2019 sebanyak 15,000 operasi telah dijalankan terhadap PATI ini.

“Kawasan PKPD telah dipagar dengan kawat duri dan dikawal oleh ATM dan PDRM, jadi mereka yang tidak ada sebarang dokumen dan tinggal lebih dari masa yang ditetapkan iaitu 3 tahun, mereka memang tidak boleh lari dan perlu menjalani proses ini.

“Kalau mereka lari, ia akan mengancam nyawa mereka sendiri,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.