2 bekas Adun PKR dalam barisan Exco Kedah

171

20 MEI: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengumumkan senarai 10 anggota Exco kerajaan negeri termasuk pelantikan 2 bekas Adun PKR.

Exco lain adalah 4 daripada PAS, 3 daripada Bersatu dan 1 UMNO.

Sanusi akan mempengerusikan perancang negeri; hal ehwal tanah; hasil bumi dan sumber asli; kewangan; Majlis Ekonomi Kedah; dan jawatankuasa syarikat berkaitan kerajaan.

Adun Sidam, Robert Ling bekas Adun PKR yang  isytihar dirinya wakil rakyat Bebas, akan menggalas portfolio perumahan; alam sekitar; perpaduan; dan hal ehwal masyarakat Cina dan Siam.

Rakannya Adun Lunas, Azman Nasrudin akan menggalas portfolio pertanian dan industri makanan; perusahaan perladangan dan komoditi; pengangkutan; dan hal ehwal masyarakat India.

Azman merupakan exco dalam pentadbiran Datuk Seri  Mukhriz Mahathir, dan sebelum ini menggalas portfolio industri utama; pertanian; dan pengangkutan.

Exco pentadbiran Mukhriz penggal 2018, Halimaton Shaadiah Saad dan Firdaus Ahmad turut dilantik.

Muhamad Sanusi Md Nor

Halimaton akan terus menggalas portfolio pembangunan wanita, keluarga, dan masyarakat; dan kebajikan.

Firdaus dilantik ke belia dan sukan; pelancongan, seni dan budaya; dan pembangunan usahawan dan koperasi.

Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail menggalas portfolio industri dan pelaburan; sains, teknologi, dan inovasi; dan pengajian tinggi.

Rahman keluar UMNO untuk sertai Bersatu selepas PRU 14.

Datuk Suraya Yaacob yang mewakili UMNO pula dilantik ke portfolio kerja raya; bekalan air dan sumber air; dan tenaga.

Portfolio penting kerajaan tempatan dan kesihatan dipengerusikan Dr Mohd Hayati Othman dari PAS.

Siti Ashah Ghazali dari PAS mempengerusikan portfolio pembangunan luar bandar; pembasmian kemiskinan; dan pembangunan insan.

Brig Jen (B) Najmi Ahmad dari PAS mempengerusikan portfolio agama, pendidikan, dan sumber manusia.

Wan Romani Wan Salim dari PAS mempengerusikan portfolio penerangan, komunikasi dan multimedia; dan perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Kerajaan PN Kedah terbentuk selepas dua Adun PKR meninggalkan parti itu dan menyatakan sokongan kepada PN dan kemudian 4 lagi Adun Bersatu menguatkukan PN dengan 23 kerusi majoriti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.