Ujian vaksin Covid-19 tunjuk isyarat kejayaan

25

19 MEI: Firma bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna mendakwa keputusan awal ujian klinikal pertama vaksin Covid-19 yang dilakukan terhadap sejumlah kecil sukarelawan menunjukkan kejayaan.

Menurut syarikat yang berpusat di Massachusetts, ujian vaksin iaitu mRNA-1273 dilihat menghasilkan tindak balas imun ke atas lapan orang yang menerima, sama seperti pada orang yang pulih daripada virus.

“Data fasa satu interim ini, pada awalnya menunjukkan vaksinasi dengan mRNA-1273 menimbulkan tindak balas imun besar disebabkan jangkitan semulajadi,” kata Ketua Pegawai Perubatan Moderna, Tal Zaks.

“Data-data ini membuktikan kepercayaan kami bahawa mRNA-1273 berpotensi untuk mencegah penyakit Covid-19 dan meningkatkan kemampuan kami memilih dos untuk ujian penting,” menurut Zaks.

Dalam pada itu, Presiden AS, Donald Trump mengalu-alukan berita berkenaan sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang luar biasa dan beliau juga mengaku melihat keputusan itu.

“Keputusannya sangat baik. Jadi, saya amat gembira dan pasaran meningkat dengan besar,” katanya.

Ujian klinik yang dijalankan Moderna membabitkan tiga kumpulan terdiri daripada 15 pesakit berumur antara 18 hingga 55 tahun.

Masing-masing menerima tiga dos vaksin berbeza pada ujian fasa satu. Bagaimanapun, keputusan sepenuhnya masih belum diketahui.

Selepas itu pada ujian fasa dua pula, dengan 600 subjek sudah pun menerima lampu hijau daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS. Menurut Moderna, ujian fasa berkenaan bakal bermupa pada suku tahun ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.