RoS: Peletakan jawatan pengerusi BERSATU sah

68

19 MEI: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi Pengerusi BERSATU berikutan peletakan jawatannya di tengah-tengah pergolakan politik pada akhir Februari.

Surat daripada RoS mengatakan pengunduran diri Mahathir sah dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku jawatan itu juga sah.

“Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, presiden BERSATU berhak memangku jawatan itu sehingga pemilihan diadakan, menurut Klausa 16.9 perlembagaan BERSATU,” katanya.

RoS juga mengesahkan surat tersebut adalah daripada RoS bagi menjawab surat BERSATU.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.