Xavier hina Parlimen sampah, tidak berguna

600

18 MEI: Baru sahaja Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyampaikan titah supaya ahli parlimen tidak mengheret negara ke kancah politik yang tidak menentu, ahli parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar bertindak sebaliknya di luar parlimen.

Sambil menyifatkan institusi Parlimen adalah sampah, dia kononnya meluahkan rasa kecewa apabila hadir ke parlimen dalam masa sejam untuk mendengar titah Yang Dipertuan Agong kemudian pulang ke rumah tanpa berbahas sebarang usul.

“Kita sebagai ahli parlimen telah dipilih untuk data g ke Parlimen membuat ‘check and balance’, parlimen ini sampah, kita hanya datang ke sini untuk sejam sahaja, hanya untuk mendengar Yang Dipertuan Agong punya ucapan. Dan selepas itu kita semua diarahkan untuk balik ke rumah.

“Semua ini hanyalah untuk melindungi diri dari Covid-19. Tapi cerita sebenarnya adalah orang ini (Muhyiddin) bimbang untuk berhadapan dengan usul undi tidak percaya yang dikemukakan ahli parlimen Langkawi, Tun Mahathir Mohamad.

“Semuanya adalah kerana ini, tidak ada sebab lain. Ini adalah isu yang dimainkan oleh kerajaan yang tidak dipilih rakyat,” katanya.

Ucapan Xavier ini dirakam di luar parlimen sebaik sahaja habis ucapan perasmian yang Dipertuan Agong sempena istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14, Isnin.

Dakwanya lagi, rakyat telah memilihnya serta ahli parlimen lain untuk hadir ke Parlimen bagi mengajukan soalan di dalam parlimen namun haknya telah disekat.

“Kita telah dipilih rkyat untuk membuat ‘check and balance’, kita telah dipilih untuk ditanya soalan di dalam Parlimen. Tapi kita tak dibenarkan.

“Mereka bercakap bercakap pasal Covid-19, tapi semua boleh beroperasi di sekitar tempat dalam negara ini. inilah kerajaan yang tidak ada keyakinan, kita cuma nak tunjuk pada rakyat yang kerajaan ini mempuyai keyakinan, patutnya ini perlu ditunjukkan pada rakyat,” ujarnya lagi.

Namun mengikut susunan kerusi ahli parlimen dalam Dewan Rakyat menunjukkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat sokongan majoriti daripada ahli parlimen.

Ini kerana seramai 114 ahli parlimen duduk di blok pimpinan kerajaan, manakala selebihnya iaitu seramai 107 ahli parlimen berada di barisan pembangkang. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.