PAS Kedah perlu jadi kerajaan semua rakyat

75

18 MEI: PAS Pusat dan Perikatan Nasional (PN) akan beri dukungan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kedah menjalankan pemerintahan dan bahtera petadbirannya untuk mencapai matlamat dan tujuan yang sebaik-baiknya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, melalui peluang dan kepercayaan yang diberi pimpinan negeri Kedah serta rakyatnya, PAS akan menunjukkan bahawa partinya beserta PN akan menjadi kerajaan kepada semua rakyat tanpa mengira agama, kaum dan politik.

“Kedah akan menjadi model pemerintahan PAS sebagai sebuah kerajaan negeri dengan harapan pertukaran kerajaan negeri itu akan mendapat berkat di sisi Allah bersempena bulan Ramadhan ini,”.

 “Sebelum kita jadi pemimpin atau kerajaan, kita jadi kerajaan kepada semua rakyat, (jadi kita) tidak terikat dengan bangsa, agama dan parti politik.

“Tanggungjawab kita membuktikan agenda parti secara khusus PAS dan PN secara umum untuk melancarkan Kerajaan Negeri Kedah dengan sebaik-baiknya dengan mendapat dokongan daripada pegawai-pegawai kerajana dan pemimpin-pemimpin masyarakat,” kata Hadi di Facebook beliau.

Katanya, Kedah akan menjadi satu model yang baik keada pemerintahan PAS di peringkat negeri, dengan harapan di beri keberkatan oleh Allah SWT sempena dengan berlaku perubahan di bulan Ramadhan.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PAS Negeri Kedah dan rakyat negeri itu yang telah memberi kepercayaan kepada PAS untuk memimpin Kedah Darul Aman.

“Kita bersyukur kepada Allah SWT diatas kepercayaan yang diberi untuk PAS memimpin negeri Kedah, mengucap junjung kasih kepda Tuanku Sultan Salehuddin Sultan Badlishah yang telah menerima pencalonan daripada PAS.

“Terima kasih kepada rakan-rakan dalam PN daripada UMNO, BERSATU dan pihak lain yang telah menyertai kerajaan baru,” jelasnya lagi.

Adun PAS Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor semalam dilantik menjadi menteri besar Kedah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang hilang kepercayaan ahli-ahli Dewan.

PN kini mentadbirkan Kedah dengan majoriti 23 kerusi berbanding PH yang kini hanya ada 13 kerusi sebagai pembangkang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.