Ketua Srikandi keluar PKR boleh dijangka

62

18 MEI: Tindakan Ketua Srikandi PKR, Nurainie Haziqah Shafii yang keluar parti bukan perkara pelik, malah ia turut dijangka berlaku.

Ini kerana kerapuhan yang berlaku dalam parti itu pastinya membuatkan semua ahli termasuk pimpinan tertinggi goyang sekaligus bertindak beralih arah kepada kepimpinan kerajaan hari ini.

Apatah lagi menurut Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, kepimpinan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menangani isu kritikal melibatkan nyawa rakyat iaitu Covid-19.

“Inilah masalah dalaman dalam PKR yang saya kira memang tidak habis-habis melalui kemelutnya tersendiri,” katanya ringkas kepada PNBBC portal.

Semalam, Ketua Srikandi PKR itu  mengumumkan melepaskan jawatan dan keluar daripada parti itu.

Dalam satu kenyataan, Nurainie berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak lagi yakin kepada idealisme perjuangan serta hala tuju parti tersebut.

Serentak itu, Nurainie turut memaklumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Sebelum ini, beberapa pimpinan majlis tertinggi seperti Mohamad Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin turut keluar parti dan menyokong kepimpinan Muhyiddin. – Oleh ASLINDA NASIR

Get real time updates directly on you device, subscribe now.