Anwar tak mahu hadir PC, duduk semeja dengan Tun M?

385

18 Mei: Seperti ada tidak kena, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir pada sidang media bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berlangsung hari ini.

Difahamkan, Anwar mendapat jemputan untuk menghadiri sidang media tersebut beberapa jam selepas sidang parlimen ditangguhkan.

Namun Presiden PKR itu bertindak untuk tidak menghadiri sidang media tersebut kerana tidak mahu ‘dipergunakan’.  

“Anwar berkata Tun (Mahathir) meminta mereka menghadiri sidang media bersama itu tetapi Anwar memberitahu pemimpin PKR bahawa dia tak mahu dipergunakan,” menurut sumber kepada Malaysiakini.

Namun Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dilihat cuba menepis isu tersebut dengan menyatakan Presiden PKR itu perlu menghadiri sesi temu bual dengan New York Times.

Bagaimanapun Fahmi turut tidak menjelaskan mengapa tiada wakil daripada PKR sama sekali menghadiri sidang media berkenaan.

Selain Mahathir, sidang media berkenaan dihadiri semua parti gabungan PH.

Mohamad Sabu mewakili Amanah manakala Lim Guan Eng mewakili DAP. Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal turut hadir.

Sementara itu sidang media tersebut yang dikendalikan oleh Mahathir turut dihadiri Timbalan Presiden Bersatu, Mukhriz Mahathir, yang duduk di kerusi yang dipercayai disediakan untuk wakil PKR.

Ia diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana sebagai reaksi pembangkang kepada sidang parlimen pada pagi tadi. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.