Mukhriz umum lepaskan jawatan sebagai MB Kedah

379

17 MEI: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah ke-13 setelah gabungan Pakatan Harapan hilang sokongan majoriti terhadapnya.

Ini kerana 6 anggota gabungannya beralih menyokong pembangkang yang dipimpin PAS awal minggu ini.

Peletakan jawatannya hari ini adalah kali kedua dia melepaskan jawatan sebagai ketua eksekutif negeri.

Yang pertama setelah meninggalkan jawatan sebagai MB pada Februari 2016 kerana berlaku perselisihan faham dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Mukhriz kemudian meninggalkan UMNO untuk bergabung dengan PPBM bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bapanya.

Ketika Mukhriz menang di bawah tiket PPBM untuk kerusi DUN Jitra pada tahun 2018, dia dilantik sebagai MB sekali lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.