Masih ramai cuba curi-curi pulang rentas negeri

92

17 MEI: Masih ramai yang ‘cuba curi-curi pulang’ dengan melakukan perjalanan rentas negeri berdasarkan jumlah  1,248 kenderaan diarah berpatah balik ketika cuba melepasi sekatan jalan raya semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding kelmarin iaitu 508 kenderaan.Katanya, peningkatan itu bermakna lebih sekali ganda rakyat yang cuba curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan.

“Jadi saya harap tak perlu cuba pulang ke kampung. Lebih-lebih lagi pada Aidilfitri nanti,” katanya sambil menambah tindakan kompaun menanti mereka yang degil.

Tegas Ismail Sabri, setakat ini polis hanya mengarahkan berpatah balik tetapi jika dikenakan kompaun, sudah pasti kita yang rugi,” katanya pada sidang media hariannya di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, seramai 132 individu ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semalam.

Katanya, jumlah tangkapan itu bertambah dari sehari ke sehari daripada satu ke sepuluh seterusnya meningkat 72 semalam dan hari ini meningkat kepada 132.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.