ADUN Jeneri sah MB Kedah baru

265

17 MEI : Sah, Adun Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dari PAS akan mengangkat sumpah menteri besar Kedah ke-14 pada 2 petang hari ini.

Ia susulan peletakan jawatan Adun Jitra, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Ammar Shaikh Mahmood Naim pada sidang media tadi.

Ammar berkata Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin mendapati Mukhriz hilang sokongan majoriti selepas menemubual 36 ahli Dewan Undangan Negeri pada Jumaat.

Katanya, Sultan Sallehuddin terima peletakan jawatan Mukhriz, bersama ahli-ahli exconya, berkuatkuasa hari ini.

Sanusi akan mengangkat sumpah di pejabat Sultan Kedah di Wisma Darul Aman 2 petang ini.

Mukhriz sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Untuk rekod, ini kali kedua Timbalan Presiden Bersatu itu meletakan jawatan selepas hilang sokongan majoriti pada 2016.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.