ADUN Jeneri dijadual angkat sumpah petang ini

137

17 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14, pada 2 petang ini.

Pada jam 10 pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebelum diikuti pengumuman pelantikan Menteri Besar baru.

Pengumuman terbabit akan dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim sebelum majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Ketika ini, kumpulan wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.

Sementara itu kenderaan rasmi yang membawa Menteri Besar, Muhkriz tiba di Wisma Darul Aman, jam 9.10 pagi ini.

Beliau dijadual mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.