Shahidan dipilih Pengerusi PNBBC, Zawawi timbalan

1,984

16 MEI: Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dipilih sebagai Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) atau barisan penyokong kerajaan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyididin Yassin dalam perjumpaan bersama ahli-ahli parlimen PN, semalam.

Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi PNBBC, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya (Setiausaha) dan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing (Bendahari).

SHAHBUDIN YAHAYA

Kesemua lantikan dipersetujui sebulat suara di dalam perjumpaan tersebut.    

Sementara itu Shahidan ketika mengulas pelantikan beliau berkata, semua ahli parlimen PN akan menyokong dan mempertahankan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada serangan pembangkang terutama di Dewan Rakyat.

Katanya, kerajaan PN terbukti dalam masa yang singkat terutama ketika negara dilanda wabak Covid-19 mampu member perkhidmatan dan membantu rakyat dengan menyediakan Bantuan Prihatian Nasional (BPN) serta makanan.

“Keutamaan kita adakan memberi perkhidmatan kepada rakyat selain usaha menyelamatkan dan memulihkan ekonomi negara,” katanya.

TIONG KING SING

Difahamkan, Shahidan dipilih berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas anggota Kabinet serta pernah bertanggungjawab hal-ehwal Parlimen dan cukupi disenangi dikalangan ahli-ahli parlimen sama ada blok kerajaan atau pembangkang .  

Get real time updates directly on you device, subscribe now.