Adik Shahidan kembali kepada UMNO

105

16 MEI:  Adun Tambun Tulang, Perlis, Datuk Ismail Kassim yang meninggalkan UMNO pada Jun 2018 menyertai semula parti itu.

Beliau sebelum ini mengumumkan keluar UMNO dan menjadi Adun Bebas walaupun ketika pengumuman memberitahu akan menyertai Bersatu.

Maklumat penyertaan semula Ismail tersebar di aplikasi WhatsApp berhubung surat jawapan mengenai kelulusan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan kepada Perhubungan UMNO Perlis berhubung permohonan Ismail menyertai UMNO semula.

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika dihubungi PNBBC portal mengesahkan perkara itu dan menyifatkan tindakan adiknya itu bukanlah menyertai UMNO semula tetapi kemunculan kembali dalam UMNO.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis mendakwa Ismail masih ahli UMNO, cuma media sahaja yang gemburkannya sudah menyertai parti lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.